Posted by : Unknown
Thursday, 28 November 2013
PERGERAKAN ENJIN 4 LEJANG
• Prinsip operasi enjin empat lejang adalah kejadian yang berlaku dalam enjin cucuhan bunga api (petrol) dan cucuhan mampatan (diesel)
• Dibahagikan kepada 4 bahagian penting
• Setiap bahagian melibatkan lejang omboh iaitu pergerakan omboh di dalam silinder dari bahagian atas (TDC)ke bahagian bawah (BDC) atau dari bahagian bawah ke bahagian atas.
• Pergerakan berlaku untuk melengkapkan satu pusingan (kitaran) dalam silinder enjin memerlukan empat lejang omboh.
• Semasa omboh bergerak dari TDC ke BDC, gerakan itu disebut lejang pengambilan ( intake stroke),
• Ketika omboh bergerak dari BDC ke TDC gerakan itu disebut lejang mampatan (compression stroke)
• Apabila omboh bergerak ke bawah semula,gerakan itu disebut lejang kuasa (power stroke)
• Apabila pergerakan omboh dari bawah naik ke atas semula, itu disebut lejang ekzos(exhaust stroke)
• Sistem edaran Empat lejang telah dilakukan oleh omboh ini melibatkan 2 putaran(pusingan) aci engkol(crank sharf) dan satu pusingan aci sesondol (cam sharf).
• Empat lejang yang telah dilakukan oleh omboh untuk berpusing dalam satu putaran lengkap disebut enjin kitaran empat lejang atau biasanya disingkatkan menjadi enjin empat lejang.
• Kitaran bermaksud satu siri putaran yang berlaku secara berulang-ulang yang terjadi di dalam enjin
• Lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos berlaku secara berturut-turut di dalam enjin kitaran empat lejang.
1. LEJANG PENGAMBILAN (lejang masukan)
- Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.
- Omboh bergerak dari takat titik atas ke titik bawah. Isipadu silinder bertambah menyebabkan pengurangan tekanan dan membentuk separa Vakum di dalam silinder
- Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup
- Campuran udara dan bahan api memasuki silinder melakui liang masukan
- Aci engkol telah berpusing separuh pusingan
Kedudukan Asal
Lejang Masukan
2. LEJANG MAMPATAN
Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel).
- Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
- Omboh bergerak semula dari titik takat bawah ke titik takat atas
- Injap masukan dan injap ekzos tertutup dan ruang silinder terkedap
- Campuran udara dan bahan api dimampatkan dan menghasilkan tekanan dan suhu yang tinggi di dalam silinder
- Aci engkol telah berpusing satu pusingan
Lejang Mampatan
3. LEJANG KUASA
- Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel).
- Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembangdan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
- Omboh masih berada di titik takat atas, satu percikan bunga api dihasilkan oleh palam pencucuh.
- Percikan bunga apu menghasilkan pembakaran
- Campuran yang terbakar ini mkengeluarkan haba dan tekanan yang tinggi
- Situasi ini menyebabkan omboh tertolak dari titik takat atas ke titik takat bawah
- Ketika ini kedua-dua injap tertutup dan aci telah berpusing satu setengah pusingan
- Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar darikebuk pembakaran.
- Hasil pembakaran akan tertolak keluar sari silinder melalui liang ekzos Aci engkol telah berpusing sebanyak dua pusingan untuk melengkapkan kitaran 4- lejang
lejang ekzoz